Pages

Saturday, October 23, 2010

menanti dengan penuh kesabaran

hah... tajuk post saya sangat lah skema... sangat lah sopan santun... sebab memang saya sedang bersopan santun... menanti dengan penuh "sabar"... yer "sabarrrr" lah sangat...

what? kenapa ada ber (inverted) koma the word sabar?? sebab nyer dalam hati kecil saya yang lagi comel ni... saya sebenarnya terujanessssssss sesangat! every night saya bermimpi-mimpi dan every day saya berangan-angan... the 'power of dream' itu parking di hadapan rumah no.10 jalan 28a ini...

uwaaaaaaaaaaaaaaa.... when will my 'power of dream' will really..i mean REALLYYYYYY here at R.B (rantau bukit yer fyi).... come here WUM..come quickly.... huhuuu....

what was that WUM??? hahaa.. nak tau? sila scrolllllling and slidingggg.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaa....
my first ever car lorh..



belum sampai lagi...
=(


With love... HH


Tuesday, October 19, 2010

just being me

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT.

Terlalu banyak pahit manis yang kita lalui di dunia ini. Setiap pengalaman yang kita lalui sebenarnya banyak mengajar kita menjadi lebih matang. Tetapi setiap yang berlaku itu juga bergantung kepada individu bagaimana mahu menghadapinya. Ada yang mahu mengambil jalan mudah, ada yang mahukan bimbingan, ada yang mahu melarikan diri dari cuba menghadapinya, ada yang cuma berserah sahaja tanpa usaha. Ianya terpulang kepada bijaksana anda, pilih lah jalan yang terbaik.

Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin Allah turunkan dugaan kita pada hari ni. Mungkin juga esok tuhan turunkan rezeki untuk kita.

Kadang-kadang bila tengok dari luaran, kita sangkakan orang itu sihat dan baik dan senang hidupnya. Sedangkan kita mungkin tidak tahu sebenarnya hidupnya bukanlah sesenang yang dilihat.

Apa yang berlaku dalam hidup ku selama 27 tahun ini aku amat hargainya. Setiap detik pengalaman telah banyak mengajar ku untuk teruskan perjuangan aku. Semua kenangan itu sangat manis dan tidak mudah untuk ku lupakan. Apatah lagi kehadiran orang-orang yang aku sayang di sekeliling ku. Tiada apa yang dapat ditukar gantikan kasih sayang aku kepada mereka. Termasuklah suami dan anak ku sayang. Sayang aku kepada mereka hanya aku dan Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang tahu. Setiap nafas dan setiap titik peluh aku, semuanya kerana mereka.

Apa yang mampu aku lakukan adalah bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana kurniaan ini. Tiada apa lagi yang ku mahu, cumalah KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi dari orang sekeliling ku...

Thank you Allah.
Thank you Papa.
Thank you Mama.
Thank you Angah.
Thank you Ja.
Thank you Iji.
Thank you Muhammad Hafiy.
And... Thank you Azmi....

With love.... HH

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 14, 2010

happy..raya..cuti..gedik..makan..gemuk..suker

ok... the tittle post sudah meng-explainkan perasaan saya ini.. hehe...
saya suker hari rayer... boleh dikatakan atau di declarekan hari raya sebagai hari gediks untuk HH and se-family... (includes hafiy..semakin gediks jugak)

will tell more story on hari gediks HH...

layan the photos..ceki-ceki daut!









With love... HH

Tuesday, September 7, 2010

tak suka..tak suka..tak suka..

huwaaaaa....huwaaa...huwaaaaaa... (nangis ala-ala mengada, ala-ala gediks, ala-ala menagih simpati)

kenapa ni?? kenapa menangis pulaks???
sebab saya keSAKITan keGIGIan keAMATan keSANGATan!!!!

huwaaaaaa.....



sakit gigi ni tak best sangat-sangat.... okey lagi kalau sakit perut ke, sakit kaki ke, sakit tangan ke, sakit kepala ke, sakit hati ke.. kalau sakit gigiiiiii ni kan:

- tak dapat nak menikmati makanan (dah la bulan pose, time nak buka tuh, hadoooyai, seksa laaa kak oi, dah la kita kebulur!)
- sakit nyer terasa sampai ke urat-urat saraf kepala ni
- tensi-tensi nak marah-marah aje rasa
- tak boleh nak kon-sen-tret kerja
- tak boleh nak bercakap-cakap (nampak sangat membebel tidak kira di rumah atau di opis)
- tak boleh nak menyanyi melolong dalam kereta sambil drive ke opis (???)
- macam-macam lagi yang tak boleh....

saya dah jumpa pakar sakit gigi (kita kadang-kadang panggil 'dentist'), tapi tak boleh cabut lagi sebab tengah bengkak!


hubby kesian sama isterinya yang tiap-tiap malam kepoh merungut, mengadu manja sebab sakitttttt... tapi apakan daya, dia cuma jawab
"alaaahai, abang nak buat macam mana yang.. abang pon tak tahu nak tolong macam mana... tahan ajer yer.. "

bile menggedik dan mengada mengadu kat kawan, macam-macam petua dan 'pemuda' yang mereka bagi:
- sapu garam kat tempat sakit tuh, atau kumur dengan air garam
- sapu minyak cap kapak kat tempat sakit, so dia akan rasa kebas
- sapu tembakau rokok kat situ (hah!ini Rozai nyer idea)
- Kumur la dengan listerin supaya kurang bakteria, kurang sakit

sebenarnya, tiada satu pon di atas saya cuba buat... TAKOTTTTTT!
tapi saya rasa-rasa, malam ni mau try la satu.. sebab macam tak baik-baik jugak jer kan... dah la nak dekat raya dah ni!

korang kesian tak kat saya???
saya tak suka sakit gigi ni!!!!! tolooooonggg
=(


With Love... HH