Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT.
Terlalu banyak pahit manis yang kita lalui di dunia ini. Setiap pengalaman yang kita lalui sebenarnya banyak mengajar kita menjadi lebih matang. Tetapi setiap yang berlaku itu juga bergantung kepada individu bagaimana mahu menghadapinya. Ada yang mahu mengambil jalan mudah, ada yang mahukan bimbingan, ada yang mahu melarikan diri dari cuba menghadapinya, ada yang cuma berserah sahaja tanpa usaha. Ianya terpulang kepada bijaksana anda, pilih lah jalan yang terbaik.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin Allah turunkan dugaan kita pada hari ni. Mungkin juga esok tuhan turunkan rezeki untuk kita.
Kadang-kadang bila tengok dari luaran, kita sangkakan orang itu sihat dan baik dan senang hidupnya. Sedangkan kita mungkin tidak tahu sebenarnya hidupnya bukanlah sesenang yang dilihat.
Apa yang berlaku dalam hidup ku selama 27 tahun ini aku amat hargainya. Setiap detik pengalaman telah banyak mengajar ku untuk teruskan perjuangan aku. Semua kenangan itu sangat manis dan tidak mudah untuk ku lupakan. Apatah lagi kehadiran orang-orang yang aku sayang di sekeliling ku. Tiada apa yang dapat ditukar gantikan kasih sayang aku kepada mereka. Termasuklah suami dan anak ku sayang. Sayang aku kepada mereka hanya aku dan Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang tahu. Setiap nafas dan setiap titik peluh aku, semuanya kerana mereka.
Apa yang mampu aku lakukan adalah bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana kurniaan ini. Tiada apa lagi yang ku mahu, cumalah KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi dari orang sekeliling ku...
Thank you Allah.
Thank you Papa.
Thank you Mama.
Thank you Angah.
Thank you Ja.
Thank you Iji.
Thank you Muhammad Hafiy.
And... Thank you Azmi....
With love.... HH